PENDAFTARAN BMC & BLOG 13 OGOS 2016

Friday, 20 May 2016

Kenapa perlu ada BLOG?

Kenapa perlu ada BLOG?
.
Ramai yang takut untuk membina BLOG sendiri atas beberapa persepsi.
.
Persepsi pertama : Perlu ada idea untuk menulis. Panjang-panjang.
.
Persepsi kedua : Perlu update dengan kerap. Perlu komitmen yang tinggi.
.
Persepsi ketiga : Tidak user friendly. Perlu buka PC/Laptop.
.
Ramai yang tidak tahu kenapa perlu ada BLOG dan mudahnya membuat BLOG.
.
Tidak ramai yang tahu, BLOG adalah satu cabang alat pemasaran yang sangat berkesan. samada memasarkan DIRI, memasarkan IDEA dan memasarkan PRODUK.
BLOG adalah media komunikasi. Yang menghubungkan antara penulis dan pencari idea.
.
BLOG digunakan untuk beberapa objektif seperti berikut:
  1. Menjadikan BLOG sebagai DIARI harian, mingguan atau bulanan.
  2. Sebahagiannya menjadikan BLOG sebagai tempat menyimpan kompilasi nota-nota ilmu dan pembacaan yang diminati.
  3. Sebahagian lain berkongsi tips tentang apa yang mereka mahir.
  4. Segelintir pula menjadikan BLOG sebagai katalog perniagaan.

Penggunaan cara 1, 2, 3 dilihat sebagai salah satu cara untuk mengumpul pengikut/follower yang sentiasa mahu mendapatkan maklumat dari penulis. ianya adalah medium pembinaan TRIBE yang berkesan. Adakalanya, disebalik tulisan mereka, terselit agenda MENJUAL TANPA MENJUAL.
.
Manakala teknik ke-4, secara terus menjadikan BLOG sebagai saluran katalog online yang boleh dicapai dengan mudah di alam maya. Penggunaan SEO yang tepat dengan USP produk akan menaikkan tahap penulisan yang disukai pencari idea.
Tips di atas meleraikan sedikit persoalan kenapa perlu ada blog, khususnya para usahawan.



No comments:

Post a Comment